Pelajar akan dibenarkan untuk membawa telefon bimbit dan IT gajet ke sekolah mulai tahun depan selepas undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 dipinda" - Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.Perubahan dibuat untuk menggalakkan pendidik dan pelajar untuk menggunakan teknologi maklumat di abad ke-21 dan selaras dengan langkah untuk melaksanakan pengajaran maya dan program pembelajaran Kementerian Pelajaran - "1Bestari" - di seluruh negara. Satu faktor lagi adalah kerana keselamatan pelajar dimana ibu bapa ingin menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi anak-anak mereka selepas sekolah.
Dr Wee juga menjemput orang ramai untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui akaun rasmi Kementerian Pelajaran Twitter @ 1KemPelajaran.
P/s: Inilah berita yang menggembirakan kebanyakan pelajar kat Facebook malam nie. Siap ada yang bersorak gembira lagi. Best la korang ye, tapi harus diingat kalau dah bawa telefon tu jangan lalai pulak pelajaran. Pastu jaga telefon elok-elok supaya tak kena curi, maklumlah sekarang ni hanset canggih-canggih semuanya.
Sumber: http://www.budakbotak.com
No comments:
Post a Comment